Pautan luar Gunung_Pueh

Gunung Pueh, atau juga dikenali sebagai Gunung Pueh-Berumput, Gunung Poi dan Gunung Poe, adalah sebuah gunung yang terletak di Lundu, Sarawak di sempadan Malaysia-Indonesia. Gunung Pueh diketahui oleh pakar biologi bagi koleksi yang dibuat disitu oleh Eric Mjöberg (1882–1938), seorang naturalis Sweden, yang merupakan Kurator bagi Muzium Sarawak antara 1922–1924. Koleksi herpetologikal Mjöberg dari Gunung Pueh antara Oktober hingga Disember 1923, dan tempatan lain di Borneo, dilaporkan oleh Smith (1925). Mjöberg, malangnya, dia tidak meninggalkan rekod bertulis mengenai pendakiannya di Gunung Pueh dan mengenai koleksi yang dibuatnya.

Pada tahun 2002, satu penjelajahan diatur bagi menjelajah kawasan tersebut. Semasa ekspedisi saintifik ke puncak Gunung Berumput pada 6–14 May 2002, 26 spesies burung, empat spesies kelawar dan satu spesies tikus dilihat.

  • Pemandangan banjaran gunung Berumput-Pueh dari Lundu.
  • Jalan tanah liat di kaki banjaran gunung Berumput-Pueh.
  • Jalan pembalakan lama ke gunung.
  • Lalauan lama.
  • Kem pangkalan berhampiran Gunung Berumput.
  • Banyak serangga untuk ditangkap.
  • Bunag dan serangga..